Wednesday 16 November 2011

peta lokasi kedai kami

ramai yang keliru lokasi kedai kami...so, di sini kami attachkan peta terus ke kedai kami di

45, medan stesen 19/3, station 18, pengkalan (bersebelahan tesco station 18)





hope pasnie xsesat2 gik yer....

;)


Monday 14 November 2011

penjimatan 50%..!!!!

tempahan perkahwinan pada hari
KHAMIS @ 17/11/2011

akan mendapat promosi penjimatan sehingga
50%....!!! dari mana-mana PAKEJ yang kami sediakan...

sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di

019-5584011 ~ farra


tQ

:: tertakluk T&S :: 

5 terawal sajer yer ... :)

Tuesday 1 November 2011

BANTULAH ADIK IMAN SYAFIQ

**copy dr pemilik blog**
http://hsue82.blogspot.com/2011/10/bantulah-adik-iman-syafiq.html
 
As'salam.....Hari ini sue nak buat special entry bagi memohon bantuan belas ihsan semua Blogger2 dan semua yang membaca entry ini....


Ini adalah Baby Iman Syafiq yang baru sahaja berusia sebulan, dia adalah anak ke5 kepada kawan baik saya Norhayama Ramli. Beliau bekerja sebangai pembantu makmal civil engineering di Universiti Teknologi Petronas (UTP) manakala suaminya bekerja sebagai pemandu lori. Iman telah dilahir dengan sebahagian Usus dan Hatinya terkeluar dari perut. Setelah sebulan berada di HKL, baru beberapa hari pulang ke kampung Lambor Kanan, Perak. Keadaan Iman masih begini sehingga kini dengan usus dan hatinya masih terkeluar,hanya pada Disember ini nanti barulah doktor dapat buat keputusan tentang rawatan yang perlu dilakukan kerana keadaan Iman belum lagi mengizinkan untuk membuat sebarang pemedahan kerana kedudukan hati yang dekat dengan jantung dan selaput hati yang terlalu nipis dan mudah pecah. Ini mungkin akan memberikan risiko yang tinggi kepada Iman. Kos perubatannya juga amat tinggi. Cubalah anda bayangkan bagaimanalah keadaan sikecil yang tak mengerti ape2 dan hanya tangisan dapat menzahirkan kesakitan yang dialaminya.

Hati saya tergerak membuat entry ini kerana tahu insyallah ada ramai diluar sana yang perihatin dan bermurah hati untuk membantu sikecil ini.

Oklah sue ceritakan sedikit sebanyak tentang kawan sue ini . Dia adalah kawan baik Sue dari sekolah tadika sehinggalah ke sekolah menengah, kami selalu duduk sekelas dan duduk berdekatan. Kami cuma berpisah bila dia memasuki politeknik dan sue melanjutkan pelajaran di UITM, tapi kami masih menghubungi satu sama lain, bertemu bila ada kelapangan. Saya biasa memanggilnya dengan gelaran Kak Yong, disebabkan dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Alhamdullillah bersyukur dapat seorang kawan yang baik sepertinya, kerana dizaman persekolah kami saling bantu membantu dalam pelajaran sehingga berjaya memasuki Sek.Men. Teknik bersama-sama dan melanjutkan pelajaran ke universiti.

Semenjak mengetahui keadaan Baby Iman, sue selalu menghubungi Kak Yong. Sue telah hubunginya hari ini untuk mengetahui keadaan iman dan amat terkejut kerana mendapat tahu bahawa ayah Iman telah dimasukkan ke hospital kerana mungkin mengalami masalah otak. Semenjak pulang dari HKL menemani iman tempohari, dia mengadu pandangannya kabur dan sakit2 kepala. Sekarang Iman hanya ditemani ibu, adik beradiknya dan neneknya sahaja dirumah.....manakala Ayah Iman berada dihospital Teluk Intan. Pada awal tahun depan 2 drp 5 org anaknya akan memasuki Pra Sekolah. Makin bertambahlah kos saraan yang akan ditanggung keluarga Kak Yong dengan keadaan Baby Iman dan ayahnya sekarang.
 
Itulah ujian dari Allah untuk Norhayama sekeluarga, semoga dia tabah menghadapinya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun sue belum mempunyai anak, sue faham macam mana perasaan seorang ibu bila melihat keadaan anaknya sebegitu dan dalam masa yang sama  perlu menjaga anak2 yang lain. Bak kata org, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....

Jika ada sesiapa yang sudi memberikan sumbangan boleh menghubungi Sue atau terus kepada Norhayama Ramli, sue sertakan detail nya :

Nama : Norhayama Ramli
Akaun No. : 08086020105526 ( Bank Islam )
No Tel : 013-5208980 begin_of_the_skype_highlighting              013-5208980      end_of_the_skype_highlighting

atau 

Suhaila Jamunai
114487080214 ( Maybank)
012-2773546 begin_of_the_skype_highlighting              012-2773546