**copy dr pemilik blog**
http://hsue82.blogspot.com/2011/10/bantulah-adik-iman-syafiq.html
As'salam.....Hari
ini sue nak buat special entry bagi memohon bantuan belas ihsan semua
Blogger2 dan semua yang membaca entry ini....
Ini adalah Baby Iman Syafiq yang baru sahaja berusia
sebulan, dia adalah anak ke5 kepada kawan baik saya Norhayama Ramli.
Beliau bekerja sebangai pembantu makmal civil engineering di Universiti
Teknologi Petronas (UTP) manakala suaminya bekerja sebagai pemandu lori.
Iman telah dilahir dengan sebahagian Usus dan Hatinya terkeluar dari
perut. Setelah sebulan berada di HKL, baru beberapa hari pulang ke
kampung Lambor Kanan, Perak. Keadaan Iman masih begini sehingga kini
dengan usus dan hatinya masih terkeluar,hanya pada Disember ini nanti
barulah doktor dapat buat keputusan tentang rawatan yang perlu dilakukan
kerana keadaan Iman belum lagi mengizinkan untuk membuat sebarang
pemedahan kerana kedudukan hati yang dekat dengan jantung dan selaput
hati yang terlalu nipis dan mudah pecah. Ini mungkin akan memberikan
risiko yang tinggi kepada Iman. Kos perubatannya juga amat tinggi.
Cubalah anda bayangkan bagaimanalah keadaan sikecil yang tak mengerti
ape2 dan hanya tangisan dapat menzahirkan kesakitan yang dialaminya.
Hati saya tergerak membuat entry ini kerana tahu insyallah
ada ramai diluar sana yang perihatin dan bermurah hati untuk membantu
sikecil ini.
Oklah sue ceritakan sedikit sebanyak tentang kawan sue ini .
Dia adalah kawan baik Sue dari sekolah tadika sehinggalah ke sekolah
menengah, kami selalu duduk sekelas dan duduk berdekatan. Kami cuma
berpisah bila dia memasuki politeknik dan sue melanjutkan pelajaran di
UITM, tapi kami masih menghubungi satu sama lain, bertemu bila ada
kelapangan. Saya biasa memanggilnya dengan gelaran Kak Yong, disebabkan
dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Alhamdullillah bersyukur
dapat seorang kawan yang baik sepertinya, kerana dizaman persekolah kami
saling bantu membantu dalam pelajaran sehingga berjaya memasuki
Sek.Men. Teknik bersama-sama dan melanjutkan pelajaran ke universiti.
Semenjak mengetahui keadaan Baby Iman, sue selalu
menghubungi Kak Yong. Sue telah hubunginya hari ini untuk mengetahui
keadaan iman dan amat terkejut kerana mendapat tahu bahawa ayah Iman
telah dimasukkan ke hospital kerana mungkin mengalami masalah otak.
Semenjak pulang dari HKL menemani iman tempohari, dia mengadu
pandangannya kabur dan sakit2 kepala. Sekarang Iman hanya ditemani ibu,
adik beradiknya dan neneknya sahaja dirumah.....manakala Ayah Iman
berada dihospital Teluk Intan. Pada awal tahun depan 2 drp 5 org anaknya
akan memasuki Pra Sekolah. Makin bertambahlah kos saraan yang akan
ditanggung keluarga Kak Yong dengan keadaan Baby Iman dan ayahnya
sekarang.
Itulah
ujian dari Allah untuk Norhayama sekeluarga, semoga dia tabah
menghadapinya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun sue
belum mempunyai anak, sue faham macam mana perasaan seorang ibu bila
melihat keadaan anaknya sebegitu dan dalam masa yang sama perlu menjaga
anak2 yang lain. Bak kata org, berat mata memandang berat lagi bahu
yang memikul.....
Jika ada sesiapa yang sudi memberikan sumbangan boleh
menghubungi Sue atau terus kepada Norhayama Ramli, sue sertakan detail
nya :
Nama :
Norhayama Ramli
Akaun No.
: 08086020105526 ( Bank Islam )
No Tel : 013-5208980
begin_of_the_skype_highlighting 013-5208980 end_of_the_skype_highlighting
atau
Suhaila Jamunai
114487080214
( Maybank)
012-2773546
begin_of_the_skype_highlighting 012-2773546
No comments:
Post a Comment